Building Surveyor Group

Juruukur Bangunan-Laksanakan Misi dan Realisasikan Visi Untuk Masa Depan

Intro

Bs Group merupakan gabungan bekas pelajar Bachelor of Building Surveying (Hons), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Group ini bertujuan mewujudkan platform maya yang berfungsi sebagai tempat menghubungkan silaturrahim, memanfaatkan pengalaman kerja secara berkongsi maklumat, menggiatkan XTVT yang dapat mendekatkan bekas pelajar dan juga berfungsi sebagai tempat mendapatkan informasi terkini berkaitan kerjaya dan usaha-usaha untuk menaikkan reputasi Juruukur Bangunan @ Bidang Ukur Bangunan di Malaysia.

Ahli-ahli adalah terdiri dari bekas pelajar yang kini berada di merata-rata lokasi di Malaysia dan juga lokasi antarabangsa. Dengan cara ini sistem penyampaian akan lebih efektif, cepat dan tepat tanpa mengira dimana jua anda berada. Setiap saat dan setiap masa maklumat dapat disalurkan selagi anda mempunyai capaian internet.

BSirveyor group a.k.a BS Group telahpun diwujudkan secara virtual pada 7 Oktober 2004. Pada masa itu pihak MOD hanya mendapatkan maklumat email ahli berdasarkan YEAR BOOK yang diperolehi sebelum ‘graduation’. Agak sukar namun hasilnya tidak sampai 10 orang yang berjaya dijejaki. Namun berkat usaha dan juga kerjasama ahli yang telah mewar-warkan group ini, hasilnya 37 orang telahpun berjaya dijejaki. Bukan suatu usaha yang mudah untuk menjejaki ahli-ahli yang berada dimana-mana sahaja. Tahun 2006 merupakan tahun paling bermakna kerana ada antara XTVT yang berjaya mengumpulkan ahli yang berada di Malaysia. Sessi POT LUCK di rumah Wan Zurea berjaya mendekatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat.

Diharap dengan adanya platform ini, segala informasi dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama pihak MOD group akan berusaha untuk menganjurkan XTVT yang dapat mengeratkan hubungan kita semua.

Petronas, Paka, TerengganuTasik Kenyir