Building Surveyor Group

Juruukur Bangunan-Laksanakan Misi dan Realisasikan Visi Untuk Masa Depan

Atasi Bangunan ‘cacat’

Posted by BS Group MOD di Jun 11, 2007

Atasi bangunan ‘cacat’

Oleh NUR AZFAHANI AHMAD

MALAYSIA membangun dengan begitu pesat sekali seiring dengan usia matang kemerdekaan negara yang ke-50 tahun. Bangunan-bangunan pencakar langit, bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan dan berteknologi tinggi semakin rancak dibina dengan begitu indah sekali seni binanya. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut merasa bangga dan menabik dada di atas kejayaan-kejayaan ini. Namun begitu, apalah ertinya keindahan dan kecanggihan bangunan-bangunan ini, jika apabila siap dibina, ia tidak dijaga dan diurus sebaiknya sehingga menimbulkan kecacatan di masa hadapan.
Lihatlah senario yang terjadi kini. Tidak dinafikan, rancangan pembangunan kerajaan di dua zon yang berbeza, Putrajaya dan Jalan Duta perlu melalui tatacara kerja yang sangat kompleks dan teratur. Bangunan-bangunan kerajaan di dua zon ini dibina dengan penuh sentimen seni bina yang indah. Namun begitu, wujudkah usaha-usaha untuk mengekalkan kesempurnaan ini sehingga bangunan dapat bertahan beratus tahun lamanya?
Bangunan-bangunan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, dewan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala yang terkini bilik persidangan Stadium Putra, Bukit Jalil belum pun mencapai usia 50 tahun, tetapi telah mengalami beberapa kecacatan yang begitu ketara sehingga merunsingkan Perdana Menteri kita.
Kecacatan pada amnya boleh dibahagikan kepada dua, bersifat sementara dan bersifat kekal. Bersifat sementara biasanya meliputi kerosakan-kerosakan kecil sahaja dan tidak akan membahayakan nyawa. Yang perlu digusari adalah kecacatan bersifat kekal yang mana biasanya melibatkan struktur utama bangunan dan boleh mengancam nyawa.
Keretakan-keretakan yang pada mulanya kecil, apabila dibiarkan akan menjadi besar dan seterusnya boleh meruntuhkan sesuatu struktur tersebut. Inilah yang terjadi dalam situasi bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia sekarang.
Bayangkan bagaimana bangunan Menara Jam ‘Big Ben’ di tengah-tengah kota London boleh berdiri dengan gah selama 114 tahun tanpa mengalami sebarang kecacatan. Jawapannya ialah ‘Penyelenggaraan’ dan ‘Penyenggaraan’.
Kita perlu memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik. Di sinilah pentingnya usaha-usaha untuk menyelenggara dan menyenggara. Kerja-kerja penyelenggaraan membawa kepada definisi menguruskan dan mentadbir bangunan berkaitan.
Ini meliputi penyediaan jadual secara berkala; harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Manakala, kerja-kerja senggaraan menjurus kepada membaiki kerosakan itu. Pentingnya kedua-dua konsep kerja ini diadaptasi supaya bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia dapat bertahan lama dan ini sekali gus dapat mengelakkan pembaziran peruntukan kewangan yang disediakan kerajaan.
Kebanyakan negara maju di Eropah, di Hong Kong dan Singapura telah lama menjalankan praktis ini dalam pengekalan bangunan-bangunan di negara mereka. Negara-negara ini melantik seorang juruukur bangunan yang kompeten untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan penyenggaraan. Profesion juruukur bangunan ini masih belum terkenal di Malaysia walaupun telah 12 tahun bertapak.
Memantau
Juruukur bangunan diwujudkan dengan tujuan untuk menjalankan kerja-kerja ukur kondisi dan memantau bangunan bagi tujuan pencegahan kecacatan bangunan. Ini merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bidang ini memerlukan pihak yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan. Buat masa ini, terdapat dua institusi pengajian tinggi awam yang telah melahirkan graduan-graduan di dalam bidang ini iaitu Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaya.
Di Malaysia, konsepnya lebih menjurus kepada penyenggaraan semata-mata, yang mana lebih memfokuskan kepada usaha-usaha membaiki apabila kerosakan berlaku sahaja. Pihak-pihak yang dilantik pula lebih menjurus kepada profesional yang hanya mendalami satu skop kerja sahaja, sama ada kerja-kerja awam, mekanikal mahupun elektrikal.
Jika usaha-usaha ini tidak ditangani dengan baik, percayalah bahawa akan berlaku lagi masalah-masalah kecacatan bangunan di masa-masa akan datang. Adalah sewajarnya perancangan secara berjadual diwajibkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan senggaraan di semua bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia. Peruntukan kerajaan seharusnya diberikan untuk tujuan menyelenggara, dan bukan semata-mata menyenggara sahaja.
* PENULIS ialah pensyarah Jabatan Ukur Bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak.

14 Respons to “Atasi Bangunan ‘cacat’”

  1. azri uitm said

    CAYALAH PUAN AZFA,HIDUP BS.NTI BLH LA AJAR KAMI SUBJEK MAINTENANCE SEM 6…..

  2. listener said

    apa kepakaran yang diberikan oleh juruukur bangunan? di dalam menentukan sistem pengurusan penyelenggaraan yang baik, jurutera awam profesional dirasakan lebih layak memandangkan pengetahuan kejuruteraan struktur yang dimiliki lebih tinggi. malah, jikalau hendak dibandingkan antara juruukur bangunan dan jurutera awam, jurutera lebih mahir di dalam menentukan jangka hayat sesuatu struktur samaada boleh bertahan lama ataupun tidak.

  3. AHMAD said

    bleh bg skop kerja ukur bangunan????

  4. sila lawat blog saya to gain on the answer about BS..

  5. badang said

    sekarang ni baru nak carik bs………ke…,dulu berebut pasal keje ni sape nak buat,bila dah jadi syiling runtuh,tanah runtuh,semua tak nak mengaku kerja siapa…tengok sape yang susah…ade hikmah bs besabar…..lihat lah malaysia peluang terbuka bila dalam bidang juruukur bangunan….anda boleh mengubahnya….=)

  6. safraa said

    Pn.Azfahani..
    macam mana kos ukur bangunan ini kekal dan dianggap penting oleh semua pihak???? mereka masih tidak memahami tugas ukur bangunan tapi malah mempersoalkan kewujudan ukur bangunan…
    saya berasa sedih apabila..jabatan ukur bangunan masih belum diketahui umum…

  7. azyana said

    saya respect pn azfahani..!!!
    insyaAllah saya nk jd mcm puan jgk.mmg bidang ni rmai yg tak tahu.
    dan saya harap bidang ukur bangunan akan mjadi terkenal dan hebat.
    negara ini mmg perlukan kita..
    kita lawan sama architecture..
    HIDUP BS!!!!!!

  8. eyza said

    sy akn mlnjutkan plajaran dlm diploma ukur bangunan.tp sy xtau bnyk ttg bs ni…please explain more about bs.i need ur imformation.help me

  9. Prof BS-Arch-Eng. said

    Saya agak terlewat untuk membuat ulasan Bapak “LISTENER” (BL), kerana baru terjumpa website ini. W/bagaimanapun saya terpanggil untuk membuat jelasan. Saya percaya BL ini mungkin masih lagi seorang pelajar ataupun seorang graduan Kejuruteraan Sipil (civil engineering) yang dikira masih hingus-hingusan, maksudnya belum matang. BL cuba menjaja kononnya tentang kehebatan learning outcome & kemampuan seorang graduan jurutera awam, malangnya jajaan itu hanya berdasar dengan sekeping ijazah sipil yang dikibar-kibarkan merata-rata lorong. Maaf BL, mengapa tidak buat sedikit research, cuba analisis silibus setiap program berikut, iaitu kejuruteraan sipil-arsitek-building survey (BS)-kos ingeneur-real estate. Bila dibandingkan apa yang dipelajari didapati ternyata masing-masing tiada overlapping dan mempunyai pengkhususan tersendiri. Bidang kepakaran BS adalah dalam aspek Building Control & Statutory requirements; Building Maintenance & Conservation; Building Performance & Risk Management. Jika kurang yakin sila rujuk Garispanduan Pembelajaran Bidang Alam Bina yang dikeluarkan oleh MQA, Badan pengiktirafan kelulusan di Malaysia. Jika hanya mengetahui subjek “struktur” menjadikan BL merasa cukup hebat dalam aspek bangunan & maintenance – maka itu sebabnya Malaysia hari ini banyak ketemui bangunan roboh sana roboh sini, tidak terawat dengan baik dan penuh masalah kobocoran. Inilah hasil kerja sombong engineur sipil dan orang yang lakukan rekabentuk. Bila disaster ini berlaku maka mereka tuding jari pada kontraktor, apa itu arsitek dan engineur tidak pantau & suprevisi kerjaan tersebut, atau tidur di opis sahaja. Sungguh malu saya dengan profesion BL ini. Saya memberikan ulasan ini dari aspek yang menyeluruh tidak mahu bias mana-mana, kerana saya adalah kelulusan jurutera sipil secara professional exam, berkelulusan building survey secara professional exam dan berkelulusan arsitek melalui pembelajaran di universitas. Sudah kerja & ada pengalaman lebih 30 tahun di Malaysia dalam tiga-tiga bidang itu, saya tidakpun nampak dalam masa belajar itu seorang jurutera sipil ada subjek maintenance dan building performance secara khusus, jauh sekali risk analysis. Kalau ada, sila beritahu saya dari mana universitas saudara belajar, supaya saya boleh rujuk ke univesitas tersebut, betulkah BL seorang dari graduan mereka. Cuba juga analisis kenapa kerjaan Building Survey itu popular di negara maju, seperti di Australi, England, N. Zealand dll, dan bangunannya juga tidak sering roboh, itu kerananya masing-masing profesion saling kerjasama, bukan dengki-dengkian seperti banyak orang Melayu yang mengaku Islam tapi etika yang buruk, termasuk yang kerjaannya jurutera sipil (Bapak Listener bagaimana?). Bukannya mahu menulong bangsanya maju. Di Malaysia ada profesion yang tidak belajar apa-apa, atau yang belajar hanya baru satu atau dua subjek dari kursus orang lain, cuba mengaku sudah pakar, dan cuba mencuri kerjaan orang lain. Cuba lihat apa jadi kepada interior design, landscape,juga kerjaan Building Survey itu. Pendengki-pendengki itu belajarnya malas, takut dudukki periksa profesion lain, tapi ngakunya hebat. Jika hebat, patutnya sit exam profession yang dicemburui itu, bisa luluskah atau gagal?. Harus prove dulu, baru boleh tabiknya dada.

  10. riz said

    ye2..explain ckit ttg bs nie..sy tlh ditwarkan dip ukur bgunan tp sy xtahu apakah itu ‘ukur bangunan’

  11. gem_gurlz said

    sy dpt course ukur bangunan n dh cri in4mation ttg BS niey but still blur…arap ad org tlg explain..pluang kjew..what we’re going 2 stdy…i mean sbjek aper yg kteorg akn stdy n so on..aper perbezaan BS ng QS…???!!

  12. mohamad said

    salam…saya dapat kos ni…n xth ap skop pekerjaan nye..adakah terjamin mase depan saya dan kuarga after grad dr bs ni..n apakah cerah mase hadapan dengan hidup senang and…adakah bidang ni “low classes” than other course like arkitek,hiasan dalam,qs,perncangan bandar wilayah?

  13. hadijah said

    sya dh 6 tahun abis blajar diploma n degree BS. smpai skrg blum dpt keje dlm bidang BS lg. skrg keje dgn kontraktor kelas f, alhamdulillah.. drpd tkde. tp setelah 4 tahun keje kerani dlm bidang pembersihan bangunan. smpai skrg sya masih memohon kerja di sektor kerajaan dlm bidang BS. ada gak sya mohon keje bidang lain yg related, tp ntah la, peluang tipis ker or mmg diorg nk amik ikut course yg sama. erm… sya tk putus asa, sya mohon gak kt sektor kerajaan. lgpun kt sektor swasta mana de post tuk BS. klu ada pun tk byk. kene la berebut2 ngan dak2 engineer dan QS. please la, BS is BS. bukan QS or LS. nampak sgt job tuk BS tk de dlm sektor swasta. padahal Doktor Bangunan mcm kita (BS) ni, sgt diperlukan. skrg ni apa yg sya belajar dh berkarat. kene masuk study balik tuk refresh semula ilmu2 yg ada. ada ke short course tuk bekas2 graduan yg dh lama berkarat mcm sya nih? sya percaya teknology skrg dh tk mcm mase sya belajar dulu. faktor2 ni buat sya tk yakin skrg, nk jwb apa itu BS pun segan2 nk jawab. need study semula. hope ada course tuk para2 BS tuk refresh semula ilmu2 diorg spy nti bile kerja2 BS dh mula byk tawaran, senang la nk bersaing dgn fresh graduan2 BS. so tk de la OTAI2 BS rs terpinggir. huhu… nasib baik la keje dlm bidang construction ni bos ada nk hantar g kursus CIDB, bley la asah otak sket ttg teknologi baru. even kontraktor kelas F. hehe.. juz nk kongsi pengalaman hidup sepanjang bergelar ex-graduate BS. nasihat tuk student2 baru, bagus amik BS mase diploma, n tuk sambugn degree dinasihatkn amik construction management. mmg berguna utk mase depan anda n utk anda yg ingin jadi kontractor by ur own company. study hard & study smart..!!!

  14. izzat said

    Saya merupakan seorang mahasiswi jurusan ukur bangunan Tahun ke-3 dari Universiti Malaya.Baru-baru ni pihak TV3 (bertarikh 30 Januari 2011) membuat liputan berkenaan hala tujujurusan Ukur Bangunan yang sehingga kini masih lagi tiada akta.

    Liputan terbabit menyebabkan saya dan kawan2 seperjuangan saya khuatir dengan masadepan kami. Untuk pengetahuan puan, kami (seluruh siswa-siswi dan graduan-graduan UkurBangunan) telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk belajar dalam bidang ini.

    Saya ingin bertanya kepada pihak puan, ke mana arah tuju kami selepas kami menamatkanpelajaran? Adakah kami terpaksa menumpang dalam kerjaya lain?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: