Building Surveyor Group

Juruukur Bangunan-Laksanakan Misi dan Realisasikan Visi Untuk Masa Depan

JKR tubuh Bahagian Juruukur Bangunan

Posted by BS Group MOD di Jun 12, 2007

Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menubuhkan Bahagian Juruukur Bangunan bagi memeriksa setiap bangunan kerajaan selepas siap dibina untuk memastikan semua spesifikasi dan skop kerja dipatuhi kontraktor serta subkontraktor mengikut perjanjian.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata bahagian itu berfungsi sebagai jabatan pusat di bawah kementeriannya untuk memastikan tahap penyelenggaraan yang mantap dikekalkan dengan mengenakan denda dalam bentuk surcaj terhadap kontraktor jika tanggungjawab diabaikan.

“Kita mahu JKR bersikap `besar kepala’ apabila bertindak tegas memastikan kontraktor dan subkontraktor projek kerajaan mematuhi prosedur kerana jika berlaku kesilapan, orang ramai tidak mencari kontraktor, sebaliknya kementerian ini dipersalahkan. Jadi, kita perlu tunjukkan kuasa kita.

“Saya mahu pegawai JKR dan agensi di bawah kementerian ini memeriksa latar belakang setiap syarikat kontraktor, termasuk pengarah, jurutera, arkitek dan pekerjanya bagi memastikan mereka benar-benar mahir dan layak menjalankan sesuatu projek.

“Setiap pegawai JKR mesti mengambil inisiatif memastikan penyelenggaraan dan kemasan setiap binaan menepati standard piawaian yang tinggi bagi reka bentuk pelaksanaan dan penyeliaan,” katanya pada sidang media selepas sesi perjumpaan dengan pegawai kanan semua agensi di bawah kementeriannya, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kerjaraya, Datuk Syed Jamal Syed Jaafar; Ketua Pengarah JKR, Datuk Dr Judin Abdul Karim; Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Mohamad Razali Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Hamzah Hassan.

Perjumpaan itu disusuli bengkel sehari bertajuk `Pelaksanaan dan Pengukuhan Sistem Penyampaian Yang Efektif’ itu bertujuan mendapatkan maklum balas untuk menetapkan tahap piawaian standard bagi projek infrastruktur.

Samy Vellu berkata, selain penubuhan Bahagian Juruukur Bangunan bagi mengesan kecacatan dalam pembinaan, semua pegawai JKR dan agensi di bawah kementerian itu diarah merangka carta pelaksanaan ketika memberikan projek kepada sesebuah kontraktor.

“Sehubungan itu, saya cadangkan setiap projek dibahagi kepada empat peringkat dengan setiap satu memperincikan 25 peratus daripada skop kerja bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh dan kontraktor dikenakan surcaj jika tidak mematuhi perjanjian.

“Kita boleh beri peluang kepada kontraktor membetulkan kesilapan dan mengembalikan surcaj selepas itu. Kalau masih lagi bermasalah, kita boleh senarai hitam kontraktor ini supaya tidak lagi mendapat projek kerajaan,” katanya.

Samy Vellu turut menggesa Unit Aduan di kementeriannya disusun semula supaya lebih proaktif selain mudah didekati masyarakat umum dan aduan mereka direkodkan dengan lebih cepat serta menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka seberapa segera mungkin.

Sumber : http://www.bharian.com.my
12.06.2007

20 Respons to “JKR tubuh Bahagian Juruukur Bangunan”

  1. Anis Azlina said

    Alhamdulillah,
    baru2ini saya telah dapat tawaran sebagai Juruukur Bangunan di JKR.

  2. BS Group Mod said

    Tahniah Anis…Hopefully, lepas ni lebih ramai yang mendapat tawaran serupa. Bila mula di JKR? Dengar2 skrg ni memg JKR tengah beri tawaran untuk position ni, Syabas. !!

  3. izwin bt kamarudin said

    Alhamdulillah…
    At last,dah brape lama tunggu untuk keje ngan gov,sekarang dpt panggilan JKR untuk Jwtan Juru Ukur bangunan

  4. Syamilah Yacob said

    Assalamualaikum,

    Saya salah seorang Juruukur Bangunan di JKR. Kepada graduan Juruukur Bangunan, mohonlah jawatan tersebut tersebut melalui SPA kerana juruukur bangunan akan diterima pakai untuk semua di JKR negeri.

  5. Arif Shahruddin said

    hidup ukur bangunan…

  6. azri uitm said

    sy msh blaja di uitm bdg bs uitm.sy pun dh xsbar nk kja jkr.

  7. 21hb May 2008 interview BS @ JKR Putrajaya…..

  8. Muhamad Firdaus said

    good luck to aLL building building surveyor…

  9. nurul shuhada ilham said

    percaya pada BS untuk elakkan pada penipuan dan mendapatkan bangunan yang berkualiti.

  10. amzar said

    nak tanye..camne ngan salary keje nih..ok tak??

  11. ariff said

    kalo government basic permulaan rm2080 kalo x slp..

  12. CivilFrogUitm said

    assalamualaikum.. salam untuk suma

    saya mulakan dengan memohon maafla.. setakat saya lihat, suma respon kebanyakkan suma beria ria ngan JKR sahaja.. saya heranlah org kita suma nampak pada kerja gomen.. “bangsa” lain sibuk mencari jalan macamna nak gunakan peluang bussiness dalam situasi nie.. untuk mengaut keuntungan.. tapi tak salah jika kita dapat gunakan peluang dlam gomen untuk menaikkan BS.. saya takut.. kita pun akan berada dalam zon selesa..cuma yang pasti adakah ‘kita’ benar benar akan melaksanakan tugas kita sebagai BS secara maksimum.. atau hanya sekadar tempat untuk ‘zon selesa’ jugak macam ‘profession’ lain.. yang tahu bercakap tapi tiada kualiti kerja.. hanya sekadar berada di pejabat.. menjalankan tugas rutin setiap hari.

  13. eyza said

    sy stuju ngn civilfroguitm…xslah lau kita bgunkan bangsa kita kan…selain jkr msti ad pluang kerja lain tk plajar lepasan bs ni

  14. sss said

    Graduate bs bukan sja leh survive sbgai jurukur bangunan kat jkr,
    profsnl bs kat privt cnsultn,mlhn leh survive jd project mgr 2. memg serba boleh.

  15. mohamad said

    tahniah kepada sape2 yg da berjaya mendapat pekerjaan…saya br nk blaja bs ni untuk diploma punyer..agak2…dalam 6 thn akan datang adakah bs ni masih mendapat perhatian(market)

  16. adek89 said

    jawatan jurukur bangunan ada di jkr sahaja ke??di jabatan kerajaan2 yang lain ada x..bukan ape, saya ingin menyampung degree tau confuse either building surveyor or town planer??tolong abgi pendapat, nasihat, rujukan.

  17. zulhilmi said

    assalam..tahniah kpd rakan2 yg telah berjaya mnjd Juru Ukur bangunan di JKR..kpd yg masih lagi mencuba, jgn putus asa.. harap kpd yg sudah berjaya tu dpat titipkan tips2 berguna kpd bakal2 yg akan mnghadiri sesi temuduga nnti ya..

  18. Azycarter said

    Salam..saya bakal diinterview utk BS kt JKR..wlpn grad pada 2008..saya tak pernah putus asa try apply kat SPA..& now my turn to go thru the interview session dah sampai..so…akak2 abang2 senior..ada tips2 tak ?
    heheh

  19. syafiqah said

    salam… saya juga bakal di interview pada 12/07/2012. Ade tips ke yang boleh dikongsikan bersama??

  20. Every weekend i used to visit this web page, because i wish
    for enjoyment, for the reason that this this web page conations actually nice funny
    data too.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: